about us administration academic student services library
home news & upcoming events

FORUM UNIVERSITI 2008

Projek Memorandum Persefahaman RTB & MEDIACORP TV 12 Singapura
19 - 26 Jun 2008
PENDAHULUAN

Forum Universiti merupakan projek Memorandum Persefahaman antara Radio Televisyen Brunei dan MediaCorp TV 12 Singapura. Forum ini diadakan pada setiap tahun secara bergilir tempat. Tahun ini Forum Universiti 2008 akan berlangsung di Singapura pada 19 -26 Jun 2008. Bahasa pengantar forum ialah Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris, iaitu dua tahun berturut-turut dalam Bahasa Melayu dan dikuti dengan Bahasa Inggeris juga dalam kerangka waktu dua tahun berturut-turut. Seperti lazimnya Radio Televisyen Brunei melalui Guru Penasihat Forum mempelawa mahasiswa/i  (warga tempatan)Universiti Brunei Darussalam untuk menyertai Forum berkenaan.

Tarikh-Tarikh Penting
25 Mac-9April 2008 : Penyertaan dibuka.
8 April 2008 : Tarikh terakhir penyerahan borang penyertaan.
9 April 2008 : Penyertaan ditutup.
16 April 2008 : Saringan.

19-26 Jun 2008

:

Forum Universiti 2008.
Tajuk Untuk Saringan
"Memantapkan Industri Pelancongan: Jaringan dan Jalinan Bersama"
Peraturan
  • Setiap peserta diminta berforum mengenai tajuk di atas selama tujuh (7) minit.
  • Peserta bercakap tanpa melihat skrip.
  • Loceng pertama dibunyikan tepat (5) minit bercakap.
  • Loceng kedua dibunyikan tepat (7) menandakan waktu habis.
  • Markah tidak diberikan bagi pembentangan selepas tujuh (7) minit
Penilaian

Para peserta akan dihakimkan oleh hakim-hakim yang berwibawa. Guru Penasihat Forum berperanan sebagai Ketua Hakim.
 
Skema penilaian adalah seperti berikut:

40% : Isi
30% : Bahasa

30%

:

Gaya Persembahan

Empat (4) orang peserta terbaik akan mewakili Negara Brunei Darussalam Khususnya Universiti Brunei Darussalam untuk menyertai Forum Universiti 2008 yang akan berlangsung di Singapura pada 19-26 Jun 2008.     

Perlu dingatkan di sini bahawa cara berforum adalah berbeza dengan bersyarah, berdebat dan berpidato.


Copyright @1997-2004 Universiti Brunei Darussalam. All Rights Reserved. Please contact webmaster for comments on this site.
Best viewed at 1024 x 768 pixels with IE6. Site Design last updated: 02/05/2004. Content updated daily.