KEJOHANAN SUKAN PERSAHABATAN
|
 |
STAF UNIVERSITI-UNIVERSITI BORNEO KEDUA – 2008 |
30 Jun hingga 5 Julai, 2008 |
LATAR BELAKANG
Sukan merupakan salah satu wadah dalam menyatupadukan bangsa yang datang dari pelbagai latarbelakang. Ke arah itu satu inisiatif telah diambil bagi mengadakan Kejohanan Sukan Persahabatan Staf Universiti-Universiti Borneo yang diadakan dua tahun sekali.
Merujuk mesyuarat pertama yang diadakan pada 5 Oktober 2005 di Universiti Malaysia Sabah (UMS), satu ketetapan giliran penganjuran telah dipersetujui bagi UMS menjadi tuan rumah di Kejohanan yang pertama pada tahun 2006. Pada tahun ini (2008) Universiti Brunei Darussalam (UBD) telah diberi penghormatan untuk menjadi tuan rumah kali kedua.
Adalah diharapkan kejohanan ini sebagai salah satu usaha untuk meningkatkan kecemerlangan sukan dan melahirkan masyarakat yang sihat dan cergas, baik dari segi fizikal mahupun mental di samping memupuk perpaduan, persefahaman dan kerjasama di kalangan lapisan masyarakat demi untuk pembangunan dan kemajuan sukan di Kepulauan Borneo.
|
|
 |
OBJEKTIF
- Meningkat dan memperkukuhkan hubungan silaturahim di kalangan warga universiti-universiti terlibat.
- Mengeratkan jaringan kerja antara warga universiti-universiti terlibat.
- Meningkat dan memperkukuhkan hubungan sosial, budaya, pendidikan dan ekonomi.
JENIS-JENIS SUKAN
- Bolasepak
- Futsal (Terbuka)
- Futsal (Veteran)
- Boling Tenpin (Individu-Lelaki dan Wanita)
- Boling Tenpin (Berpasukan-Lelaki dan Wanita )
- Tenis (Individu - Lelaki)
- Ping Pong (Berpasukan – Lelaki)
- Dart (Berpasukan & Individu- Lelaki)
- Badminton (Berpasukan)
- Bola Jaring
PENYERTAAN
Kejohanan ini hanya dibukakan kepada warga universiti-universiti dan
institusi-institusi pengajian tinggi. Universiti-universiti yang akan turut serta
dalah seperti berikut:
- Universiti Brunei Darussalam (UBD)
- Universiti Islam Sultan Sharif ‘Ali, Brunei (UNISSA)
- Kolej Universiti Perguruan Ugama Seri Begawan, Brunei(KUPU SB)
- Institut Teknologi Brunei, Brunei (ITB)
- Universiti Malaysia Sabah (UMS)
- Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS)
- Universiti Teknologi MARA, Kota Kinabalu Sabah, Malaysia (UiTM)
- Universiti Teknologi MARA Sarawak,Malaysia
- Politeknik Kota Kinabalu Sabah, Malaysia
- Universitas Tanjungpura Kalimantan Barat, Indonesia
- Universitas Palangkaraya Kalimantan, Indonesia
- Universitas Mulawarman Kalimantan Timur, Indonesia
YURAN PENYERTAAN
Setiap kontinjen yang turut serta dikenakan yuran penyertaan sebanyak B$2,000.00 (Brunei Ringgit : Dua Ribu Ringgit Sahaja) sebagai sokongan kewangan kepada pihak tuan rumah mengelola kejohanan ini. Bayaran ini tidak termasuk penginapan dan makan minum kontinjen-kontinjen yang turut serta. |
|
PENGINAPAN
- Kolej Kediaman Siswa dan Siswi
Universiti Brunei Darussalam akan menyediakan penginapan di dalam kampus dangan kadar bayaran minimum iaitu B$3.00 seorang bagi sehari penginapan (Tidak termasuk makan-minum)
-
Rumah Tetamu Universiti (VLR)
Kadar Sewa - B$45.00 semalam (berhawa dingin).
Tempahan bilik adalah terhad dan keutamaan adalah berdasarkan tempahan awal (first come, first serve basis).
PENGANGKUTAN
Pihak jawatankuasa penganjur akan menyediakan pengangkutan bagi peserta-peserta luar negara yang menginap dalam kampus ke tempat-tempat pertandingan.
MAKAN/MINUM
Makan dan Minum para peserta dan Kontinjen adalah tanggungan peserta dan kontinjen masing-masing.
MAJLIS PEMBUKAAN DAN PENUTUPAN RASMI KEJOHANAN
| MAJLIS PEMBUKAAN |
| |
Tarikh |
: |
30 Jun 2008 |
| |
Tempat |
: |
Dewan Canselor, UBD |
| |
Tetamu Kehormat |
: |
1. Menteri Pendidikan (atau)
2. Menteri Kebudayaan Belia dan Sukan |
| |
Aturcara |
: |
Akan ditentukan kemudian |
| |
|
|
|
| MAJLIS PENUTUPAN |
| |
Tarikh |
: |
5 Julai 2008 |
| |
Tempat |
: |
Asma Hotel, Jerudong (Tentatif) |
| |
Tetamu Kehormat |
: |
Naib Canselor, UBD |
| |
Atur cara |
: |
Akan ditentukan kemudian |
|