
HAL EHWAL KAKITANGAN UNTUK STAF TEMPATAN
Jenis-Jenis Cuti
Kemudahan-Kemudahan
Kelakuan dan Tatatertib
Permohonan Keluar Negeri (Peraturan 9)
Peraturan-Peraturan Pegawai-Pegawai Kerajaan (Kelakuan dan Tatatertib), Akta Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (penggal 83)
Setiap warga perkhidmatan awam:
- dimestikan berada dalam negeri setiap masa.
- dimestikan menghadapkan borang permohonan kebenaran keluar negeri dengan lengkap kepada Penolong Pendaftar di Fakulti/Bahagian masing-masing melalui Ketua Jabatan/Bahagian dua minggu sebelum memulakan perjalanan keluar negeri, jika berhajat untuk keluar negeri..
- dimestikan mendapatkan kebenaran permohoanan sebelum keluar negeri.
- tidak dibenarkan keluar negeri semasa Majlis-Majlis rasmi berikut melainkan memperolehi alasan-alasan yang munasabah. Ini merujuk Surat Keliling Jabatan Perdana Menteri Negara Brunei Darussalam bil. 11/1999 bertarikh 22 Julai 1999:
- Sambutan Maulud Nabi Muhammad S.A.W.
- Sambutan Hari Keputeraan KDYMM
- Sambutan Hari Kebangsaan Negara Brunei Darussalam
- Majlis-Majlis Adat Istiadat Diraja atau mana-mana Isiadat dan upacara yang diisytiharkan dari semasa ke semasa.
- Mana-mana Majlis rasmi yang diundang/dijemput kepada staf berkenaan seperti Sambutan Memperingati Nuzul Al-Quran, Sambutan Awal Tahun Hijrah, Sambutan Israk Mikraj, dan Pertandingan Membaca Ayat-Ayat Suci Al-Quran Peringkat Kebangsaan.
Mana-mana pegawai yang melanggar Peraturan ini akan dibuangkan kerja dengan tidak payah diadakan lagi perbicaraan tatatertib.
Diantara alasan-alasan yang munasabah adalah seperti berikut:
- Berada di luar negeri atau urusan rasmi atau cuti yang telah dibenarkan lebih awal;
- Diarah untuk bertugas dalam negeri termasuk bertugas dalam penyelenggeraan majlis rasmi yang sedang diadakan;
- Cuti sakit yang disahkan oleh doktor yang diiktiraf oleh Kerajaan;
- Kecemasan atau keuzuran diluar dugaan.
Staf yang tidak menghadiri jemputan ke majlis-majlis rasmi tanpa alasan yang munasabah boleh diambil tindakan seperti berikut:
- Tidak hadir sekali:
Teguran dan ingatan secaran lisan oleh Ketua Jabatan/Pegawai atasan masing-masing. - Tidak hadir dua kali berturut-turut dalam setahun:
Teguran dan ingatan keras secara bertulis oleh Ketua Jabatan dan dicatat dalam rekod perkhidmatan. - Tidak hadir tiga kali atau lebih dalam setahun:
Diturunkan tahap prestasi setingkat. Sebagai misal jika pencapaian prestasi adalah pada tahap “cemerlang”, ianya diturunkan ketahap “sangat baik” dan seterusnya.

