Personnel


HAL EHWAL KAKITANGAN UNTUK STAF TEMPATAN

 

Elaun Pelajaran

Surat Keliling Jabatan Perdana Menteri Bil: 14/2004 pada 15 Disember 2004 menggantikan Surat Keliling Jabatan Perdana Menteri bilangan 3/1999 dan 11/2000

 

Berikut adalah kategori perkhidmatan pegawai terdiri daripada rakyat KDYMM yang layak:-

  1. Pegawai-pegawai lelaki dalam perkhidmatan tetap atau berkontrak, dan
  2. Pegawai-pegawai perempuan dalam perkhidmatan tetap atau berkontrak yang suami mereka tidak menerima kemudahan elaun pelajaran di tempat mereka bekerja atau telah menjadi balu atau janda dan bertangungjawab sepenuhnya ke atas anak mereka.

Elaun pelajaran akan dibayar kepada anak-anak pegawai yang berkelayakan yang menuntut di sekolah atau institusi pengajian secara sepenuh masa sama ada di dalam atau di luar Negara Brunei Darussalam yang ada mengenakan bayaran sekolah dan bayaran tempat tinggal jika ada.

 

Kadar elaun pelajaran yang akan diberikan bagi yang menuntut di luar negeri adalah seperti yang dituntut tetapi tidak melebihi $800.00 sebulan bagi seorang anak. Bagi anak yang menuntut di dalam negeri, elaun pelajaran dibayar $120.00 sebulan bagi seorang anak, termasuk anak yang menuntut di Jerudong International School (sekolah swasta kepunyaan Kerajaan).  Bagaimanapun bagi anak yang menuntut dalam Tahun 7 ke atas di JIS akan dibayar $800 sebulan.

 

Elaun pelajaran dibayar kepada anak-anak yang berumur dari 5 tahun jika menuntut di dalam negeri dan 10 tahun jika menuntut di luar negeri sehingga anak itu mencapai umur 25 tahun.  Bagi anak-anak pegawai yang mengikuti Ijazah Doktor Falsafah PhD (Doctorate) maka dibolehkan menuntut elaun pelajaran sehingga mencapai umur 28 tahun.

 

Jumlah maksima anak yang boleh diberikan elaun pelajaran bagi semua kategori ialah sebanyak empat (4) orang anak pada satu masa.

 

Elaun pelajaran di dalam negeri hanya akan diberikan kepada anak-anak yang menuntut di sekolah berbayar yang berdaftar di Kementerian Pendidikan.

 

Pegawai-pegawai dalam perkhidmatan sama ada terdiri daripada rakyat atau bukan rakyat hanya akan layak menerima elaun pelajaran bagi anak-anak mereka jika tempoh kontrak melebihi satu tahun.

 

Elaun pelajaran ini akan terus diberikan kepada anak-anak pegawai yang terdiri daripada rakyat yang sedang menerima elaun tersebut apabila ibu atau bapa mereka (yang sebelumnya layak mendapatkan elaun ini untuk mereka) meninggal dunia tanpa menghiraukan sama ada ibu atau bapa itu berkahwin semula.  Penjaga anak berkenaan hendaklah menghubungi Jurukira Agung bagi urusan pembayaran.

 

Pegawai-pegawai yang anak mereka menerima bantuan lain terhadap pelajaran mereka misalnya dermasiswa atau biasiswa tidak akan berhak mendapatkan elaun ini kecuali bantuan yang diterima kurang jumlahnya dari yang ianya berhak.

 

Elaun pelajaran bagi anak-anak pegawai yang bersekolah di JIS akan dibayar terus ke sekolah berkenaan.

 

Pemberian Tambang termurah pergi balik dari tempat belajar ke Negara Brunei Darussalam bagi tiap-tiap satu tahun akademik dihulurkan kepada penuntut yang menerima elaun pelajaran dan belajar di luar negara Brunei Darussalam.

 

Permohonan-permohonan bagi elaun pelajaran hendaklah dihadapkan kepada Jurukira Agung, Jabatan Perbendaharaan, Kementerian Kewangan melalui Ketua Jabatan (Pendaftar & Setiausaha UBD) dalam borang berkenaan dan hendaklah dibaharui pada setiap tahun akademik.  Pembayaran akan dilakukan melalui bayaran gaji hanya setelah mendapat kebenaran dari Jurukira Agung.

 

Setiap pegawai adalah dikehendaki memaklumkan kepada Jurukira Agung melalui Ketua Jabatan (Pendaftar & Setiausaha UBD) sebarang perubahan terhadap pelajaran seseorang anak yang menerima elaun pelajaran. 

video watch


library

The Library is literally the ‘nerve centre’ of the Universiti.

academic calendar

Check out upcoming events happening at UBD.

ubd webmail

Create your own @ubd.edu.bn email address to access campus email anytime, anywhere.