
HAL EHWAL KAKITANGAN UNTUK STAF TEMPATAN
Jenis-Jenis Cuti
Kemudahan-Kemudahan
Kelakuan dan Tatatertib
Elaun Cuti
Surat Keliling Jabatan Perdana Menteri Bil: 17/1992
Semua pegawai dalam berjawatan tetap, sebulan kesebulan dan open vote adalah berhak sekali sahaja bagi tiap-tiap 36 bulan perkhidmatan apabila dipohonkan, mendapat satu pemberian elaun cuti bagi dirinya, isterinya dan sehingga 4 orang anaknya yang di bawah umur 18 tahun, mengikut kadar elaun cuti serta syarat-syaratnya.
Pemberian elaun cuti tidak akan diberi bagi seorang anak yang belajar di luar Negara Brunei Darussalam dan yang telah menikmati satu pemberian Tambang Pelajaran.
Jika suami isteri itu berkhidmat dengan Kerajaan pemberian elaun cuti terhad kepada seorang sahaja dan akan diberikan kepada pegawai dalam bahagian yang lebih tinggi atau yang menerima gaji yang lebih tinggi.

