Personnel


HAL EHWAL KAKITANGAN UNTUK STAF TEMPATAN

 

Kemudahan Wang Pinjaman Membeli Kenderaan

Surat Keliling Jabatan Perdana Menteri Bil: 8/1978

 

Senarai dokumen sokongan yang perlu dilampirkan dicatat dalam borang permohonan berkenaan.

 

  • Wang pinjaman membeli kenderaan bolehlah dipohonkan oleh pegawai dan kakitangan dalam jawatan tetap, berkontrak, dari sebulan ke sebulan atau open vote atau dalam percubaan.
  • Borang permohonan pinjaman wang bagi pembeliaan kenderaan hendaklah dihadapkan kepada Jurukira Agung, Jabatan Perbendaharaan melalui Ketua Jabatan (Pendaftar & Setiausaha UBD).
  • Borang penjamin asal diperlukan bagi permohonan jawatan sebulan ke sebulan, open vote atau dalam percubaan. 2 orang penjamin terdiri daripada pegawai yang berkhidmat dengan Kerajaan yang berjawatan Tetap.
  • Setelah kebenaran diperolehi daripada Jurukira Agung, pegawai berkenaan hendaklah menghadapkan borang tuntutan bagi pinjaman wang pendahuluan untuk membeli kenderaan berserta dengan dokumen-dokumen penting seperti invois atau resit asal bagi kenderaan baru atau memberikan surat jual beli daripada penjual jika kenderaan “secondhand” dibeli, Kad pendaftaran kenderaan dengan dibubuhkan cop “Ownership claimed by Government” berserta no. CL daripada Jabatan Pengangkutan Darat, Sijil Taksiran daripada JKR, salinan insuran dan 2 salinan borang perjanjian A & B untuk dihadapkan kepada Jurukira Agung bagi kebenaran.
  • Jumlah wang pinjaman membeli kenderaan tertakluk kepada Surat Keliling berkenaan, yangmana kadar pada masa ini adalah seperti berikut:-
    1. Pegawai dalam tanggagaji UB4 dan UB5 adalah sebanyak $15,000 maksima.
    2. Pegawai dalam tanggagaji UB1, UB2 dan UB3 adalah sebanyak $12,000 maksima.
    3. Jika taksiran kurang dari jumlah pinjamaan yang dibenarkan maka pinjaman diberikan seperti jumlah taksiran

video watch


library

The Library is literally the ‘nerve centre’ of the Universiti.

academic calendar

Check out upcoming events happening at UBD.

ubd webmail

Create your own @ubd.edu.bn email address to access campus email anytime, anywhere.