
HAL EHWAL KAKITANGAN UNTUK STAF TEMPATAN
Jenis-Jenis Cuti
Kemudahan-Kemudahan
Kelakuan dan Tatatertib
Cuti Sebab Kesihatan
Dikhususkan kepada warga perkhidmatan awam yang tidak dapat bertugas kerana kesihatan. Cuti-cuti ialah:
- Cuti Sakit.
- Cuti Sakit hendaklah dihadapkaan berserta dengan Sijil Cuti Sakit yang dikeluarkan oleh Pegawai Perubatan Kerajaan.
- Walau bagaimanapun Sijil Cuti Sakit yang dikeluarkan oleh pegawai perubatan swasta yang diiktiraf oleh Kerajaan, hanya diambilkira jika tidak melebihi 2 hari berturut-berturut. Sementara jumlahnya tidak melebihi 15 hari dalam setahun perkhidmatan. Jika berlebihan, cuti berkenaan diambilkira sebagai Cuti Tahunan atau Cuti Tidak Bergaji, jika tidak ada baki Cuti Tahunan.
- Ketua Jabatan (Pendaftar & Setiausaha UBD) hendaklah menghadapkan laporan kesihatan kepada Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam, jika terdapat pegawainya bercuti sakit yang berterusan 3 bulan.
- Kadar maksimum Cuti Sakit bergaji penuh bagi pekerja bergaji hari ialah 7 hari dalam tempoh 6 bulan. Bagi yang melebihi 7 hari, akan dibayar gaji penuh, jika ditahan di rumah sakit.
- Cuti Beranak (Bersalin).
Surat Keliling Jabatan Perdana Menteri Bil: 17/1993- Dikhususkan kepada warga perkhidmatan awam perempuan yang berkahwin dalam jawatan Tetap, Sebulan Ke Sebulan dan Open-Vote.
- Kadar Cuti Beranak ialah 8 minggu secara berterusan, Tarikh mula bercuti tertakluk kepada pengesahan pegawai perubatan Kerajaan atau pegawai perubatan swasta daripada pusat kesihatan yang diiktiraf Kerajaan.
- Semasa bercuti beranak hendaklah berada di dalam negeri.
- Jika semasa bercuti beranak berada di luar negeri, cuti berkenaan diambilkira sebagai cuti tidak bergaji, kecuali:
- Bertugas di luar negeri;
- Terpaksa melahirkan anak diluar negeri kerana masalah kesihatan atau kerumitan perbidanan; atau,
- Terpaksa mendapat rawatan selepas beranak di luar negeri.
- Kadar gaji semasa Cuti Beranak mengikut tempoh perkhidmatan:
Tempoh Perkhidmatan
Kadar Gaji
Kurang 90 hari
Tiada gaji
90 – 180 hari
Separuh gaji
181 hari dan ke atas
Gaji penuh
- Selepas Cuti beranak, pegawai yang belum pulih kesihatannya boleh bercuti mengikut keutamaan berikut, tertakluk pengesahan dan nasihat pegawai perubatan Kerajaan:
- Mengambil baki cuti tahunan;
- Cuti Sakit setelah baki cuti tahunan habis.
- Cuti Sakit akan diberi bagi keguguran kandungan yang kurang dari 28 minggu; sementara kandungan lebih daripada 28 minggu, cuti beranak.
- Cuti Batuk Kering.
Surat Keliling Jabatan Perdana Menteri Bil: 8/1985- Dikhususkan kepada warga perkhidmatan awam dalam Jawatan Tetap, Berkontrak, Sebulan Ke Sebulan, Open Vote atau Pekerja Tempatan Bergaji Hari yang disahkan oleh pegawai perubatan.
- Bagi pegawai dalam Jawatan Tetap, Berkontrak, Sebulan Ke Sebulan dan Open Vote diperuntukkan:
- Rawatan percuma dengan tidak dikenakan bayaran wad di Rumah Sakit Kerajaan.
- Cuti maksimum 6 bulan bergaji penuh, setelah menerima surat akuan perubatan.
- Jika belum sembuh sepenuhnya dan masih belum layak untuk bekerja, akan dihadapkan kepada Lembaga Perubatan.
- Bagi pekerja tempatan bergaji hari diperuntukkan:
- Separuh gaji maksimum 6 bulan dan menerima Elaun Batuk Kering, jika berkhidmat 3 tahun berturut-turut;
- Bergaji penuh maksimum 6 bulan, jika berkhidmat 10 tahun berturut-turut.

