Diploma Perundangan Islam Dan Guaman Syari‘e
(2 tahun separuh masa)
Pemohon-pemohon mestilah mempunyai Ijazah Sarjana Muda Syariah dari Universiti Brunei Darussalam atau Institusi-Institusi lain yang diiktiraf oleh Senat Universiti,
atau
Ijazah Sarjana Muda Undang-Undang (LLB) dari Institusi yang diiktiraf oleh Senat Universiti,
atau
Ijazah Pertama / Diploma lain yang sebanding dengan yang di atas.
atau
Ijazah-ijazah lain yang diiktiraf, dengan syarat mempunyai pengalaman berkhidmat dalam bidang guaman atau kehakiman atau yang berkaitan dengannya dalam tempoh tidak kurang daripada tiga (3) tahun dan mendapat sokongan daripada Ketua Jabatan tempat calon sedang atau pernah berkhidmat. |