Sijil Penulisan Kreatif
- (1 tahun sepenuh masa)
Pemohon-pemohon mestilah memperolehi kelulusan :
Sekurang-kurangnya
tiga (3) kepujian (credit) dengan gred B atau lebih baik
termasuk mata pelajaran Bahasa
Melayu dan / atau Kesusasteraan Melayu dalam Peperiksaan
Sijil Am Pelajaran peringkat biasa atau yang sebanding.
atau
Sekurang-kurangnya tiga (3) kepujian (credit) dengan
gred C atau lebih baik termasuk mata pelajaran Bahasa
Melayu dan / atau Kesusasteraan Melayu dalam
Peperiksaan
Sijil Am Pelajaran di peringkat biasa atau yang sebanding dan mestilah
juga mempunyai pengalaman dalam penulisan dan penerbitan
artikel.
Keutamaan akan diberikan kepada pemohon-pemohon
yang mempunyai pengalaman dan kemahiran berkaitan seperti
penerbitan dan pengalaman kerja dalam penulisan
kreatif, penyuntingan, penterjemahan, penyiaran, penerangan, perhubungan
awam,
pengiklanan
dan penerbitan di jabatan-jabatan kerajaan atau sektor swasta.
Pemohon-pemohon
yang memenuhi syarat kemasukan di atas dikehendaki menghadiri
temu duga. Keputusan penerimaan untuk mengikuti program
ini adalah tertakluk
kepada hasil temu duga tersebut. Kemasukan untuk mengikuti program
ini adalah tidak dijamin dan bersifat persaingan.