about us administration academic student services library
faculty of arts & social sciences
faculty of business, economics & policies studies
sultan haji omar ali saifuddien institute of islamic studies
faculty of science
sultan hassanal bolkiah institute of education
academy of brunei studies
institute of medicine
language centre

 home faculties FASS departments


Kesusasteraan Melayu

.... it is hoped that this Department will become one of the important centres of Malay literary learning in the country as well as in the other Malay-speaking countries. It is also hoped that some of the graduates of the Department will in future become literary scholars and writers who will bring fame to the country.("Review of the Department of Malay Literature", 1988:41)

pengenalan

Setiap kesusasteraan di dunia dianggap sebagai salah satu cabang penting kebudayaan, bahkan ada ahli falsafah yang menganggap sebagai cabang yang terpenting daripada semua cabang kebudayaan itu. Ini boleh dilihat pada pengiktirafan dunia terhadap keagungan kesusasteraan sesuatu bangsa sebagai pengakuan keagungan kebudaayan bangsa itu. Jabatan ini didirikan untuk mengkaji dan memajukan kesusasteraan Melayu agar kesusasteraan Melayu itu mendapat pengiktirafan dunia sebagai salah satu kesusasteraan yang agung di dunia. Yang dimaksudkan di sini dengan kesusasteraan Melayu di atas adalah segala karya tulisan dan lisan orang Melayu dalam Bahasa Melayu yang mengandungi nilai yang agung dan abadi dalam pengertian yang luas. Ia mencerminkan keagungan kebudayaan Melayu. Kesusasteraan Melayu di atas adalah karya sastera klasik dan karya sastera moden yang berupa novel, cerpen, drama dan puisi.

Dalam konteks Negara Brunei Darussalam, kesusasteraan mempunyai peranan yang lebih penting dalam menerapkan nilai-nilai murni yang tersirat dalam falsafah Melayu Islam Beraja yang menjadi teras kepada jiwa dan identiti Brunei sebagai suatu bangsa yang berdaulat. Sesuai dengan gagasan ini, pengajian sastera di Jabatan ini berpendekatan aneka-disiplin dengan memanfaatkan ilmu-ilmu lain. Dalam semua keadaan pendekatan pengajian adalah secara global iaitu dengan melihat sastera dan budaya Melayu Brunei Darussalam dalam konteks serantau atau Nusantara, dari zaman lampau dan juga masa kini.

matalamat

Matlamat pengajaran Kesusasteraan Melayu di Jabatan ini dihuraikan seperti berikut:

(a) Keupayaan Menjalankan Kerja Sendirian

  1. Dengan pengetahuan ilmu sastera yang diajarkan di Jabatan ini, diharapkan siswazah-siswazah akan mampu mengadakan penyelidikan dalam bidang sastera, mengajar sastera di sekolah-sekolah menengah dan tugas-tugas lain yang sesuai dengan bidang kerjaya mereka.
  2. Pelajar-pelajar dilatih dan dididik agar mereka dapat menguasai ilmu-ilmu yang berkaitan dengan sastera, seperti ilmu-ilmu mengenai sastera Melayu klasik, sastera moden, ilmu tentang kebudayaan Melayu, teori-teori dan sebagainya.
  3. Dengan pengetahuan yang diperolehinya, mereka diharapkan mampu menyelesaikan masalah-masalah yang dihadapinya dalam bidang kerjayanya sebagai penyelidik sastera, guru, dan lain-lain bidang yang berkaitan dengan kerjayanya, yang memerlukan pengetahuan sebagaimana yang dinyatakan pada perenggan (ii) di atas.
  4. Pelajar-pelajar Jabatan ini juga digalakkan agar berinisiatif, mempunyai kemahuan kuat untuk mencapai cita-citanya, mempertajamkan visi dan kefahaman, berhemah tinggi dan dapat mendisiplinkan diri sendiri.
  5. Mereka juga diasuh dan dilatih supaya mempunyai keupayaan yang tinggi dalam bidang ilmu yang dihayatinya dan mampu menghadapi cabaran-cabaran dari perubahan keadaan dan suasana semasa, terutama dari alaf baru.
  6. Dan mereka juga dilatih supaya mempunyai kemampuan untuk belajar dari pengalaman dan latihan yang diperolehinya semasa berada di Jabatan ini.

b) Pembelajaran Kognitif

  1. Kemahiran Berbahasa : Pelajar-pelajar di Jabatan ini selalu digalakkan membaca, mendengar dan menjalankan latihan-latihan tertentu agar memperolehi kecekapan untuk memahami secara persendirian. Mereka juga diharap akan mampu untuk menulis dan bercakap dengan jelas, betul dan peka kepada aspek-aspek keindahan, bahkan mereka diharapkan akan dapat berfikir dengan baik dan bernas di dalam perbincangan-perbincangan dan hasil-hasil tulisan mereka.
  2. Kemahiran Kuantitatif : Pelajar-pelajar juga dibimbing agar mereka mampu memahami asas dan cara-cara pengumpulan data dan mengenai bagaimana menganalisis data-data tersebut dengan menggunakan angka-angka, pemikiran yang lojik dan dengan cara menggunakan komputer.
  3. Pengetahuan Substantif : Pelajar-pelajar di Jabatan ini selalu diberikan pengetahuan yang mendalam dan terperinci mengenai bidang pengajian sastera, baik sastera klasik mahupun sastera moden. Bahkan kursus-kursus yang berkaitan dengan karya-karya yang berunsurkan Islam dan budaya Melayu Brunei mendapat perhatian utama dari Jabatan ini. Dengan cara itu, para pelajar dari Jabatan ini diharap akan mengenali dan menyedari warisan budaya dan tradisi berugama (Islam), khususnya tradisi budaya dan amalan ugama di Brunei dan lain-lain negeri Melayu yang mengamalkan tradisi Islam. Cara memberi pendidikan yang sempurna dan lengkap seperti ini akan membantu pelajar-pelajar mengenali tradisi yang menjadi amalan bangsa-bangsa lain. Sikap mereka juga akan lebih terbuka apabila menghadapi tradisi-tradisi lain seni, sains, teknologi dan sebagainya.
  4. Pemikiran Rasional: Pelajar-pelajar di Jabatan ini dibimbing dan dibekali dengan illmu, yang membolehkan mereka berfikir secara lojik kreatif dan kiritis, supaya mereka mampu menimbang fakta-fakta yang diperolehi secara adil dan teliti, dan mereka dapat berfikir secara persendirian dan membuat keputusan dengan penuh bijaksana dan saksama.
  5. Pandangan Intelek: Pelajar-pelajar juga digalakkan agar bersedia memperhati dan menimbangkan ide-ide baru. Mereka juga dipupuk dengan semangat ingin tahu terhadap suatu ide yang baru, menghargai perkembangan pemikiran dan ilmu pengetahuan dan bersikap tolak ansur terhadap ide dan perkembangan ilmu tersebut.
  6. Keutuhan Intelek: Pelajar-pelajar selalu diberi dorongan supaya mereka bersedia melaksanakan penyelidikan bagi mencari kebenaran, memeriksa data-data dan fakta, yang diperolehi dengan jitu dan tepat, supaya hasil penyelidikannya merupakan suatu hasil yang lengkap dan dapat dipertanggungjawabkan.
  7. Pembelajaran Seumur Hidup: Pelajar-pelajar selalu diberi keinsafan dan kesedaran tentang pentingnya ilmu dan kesarjanaan, pendidikan dan penyelidikan. Oleh kerana itu mereka dilatih juga agar mampu belajar secara persendirian sesuai dengan keinginannya dan sentiasa mencari informasi baru bagi lanjutan ilmu yang diperolehinya. Pelajar-pelajar di dalam perkhidmatan, yang mengikuti kursus-kursus di Jabatan ini diharapkan akan mengambil manfaat dari latihan dan pengetahuan yang diperolehinya untuk digunakan secara berterusan.

c) Peningkatan Emosi, Moral dan Agama:

  1. Kesejahteraan Batin: Pelajar-pelajar diberi pengetahuan agar mereka dapat menggunakan karya-karya sastera sebagai alat 'katarsis', membersihkan jiwa bagi mendapatkan ketenangan batin dan akal yang sihat.
  2. Kesedaran Kemanusiaan: Pelajar-pelajar yang dilengkapi dengan ilmu pegetahuan sastera dan budaya Melayu akan berupaya berfikir dengan penuh kesedaran, bertolak ansur, bersimpati dan saling menghormati terhadap satu sama lain, tanpa mengira latar belakangnya. Mereka juga akan mampu bekerja sama demi kebaikan antara satu sama lain.
  3. Nilai dan Moral: Pelajar-pelajar dari Jabatan ini yang dibekali dengan ilmu sastera dan budaya Melayu akan mempunyai kesedaran dan kepekaan yang tinggi terhadap isu-isu moral dan nilai-nilai budaya Melayu Brunei, yang diwarisi dari nenek moyang mereka. Di samping itu mereka juga akan mengalami perkembangan nilai-nilai peribadi dan keinsafan serta bertanggungjawab terhadap bangsa, agama dan negara.
  4. Nilai Agama: Pelajaran ilmu sastera dan khususnya pelajaran sastera yang berunsurkan Islam mempunyai kaitan langsung dengan agama (Islam). Oleh kerana itu kursus ini amat penting bagi pelajar-pelajar untuk memahami falsafah Islam orang Melayu dan juga bagi menimbulkan pengertian Islam sebagai satu cara hidup. Pelajaran sastera yang bercorak Islam juga dapat melahirkan rasa kesedaran dan rasa hormat terhadap pemikiran yang jitu yang memberi manfaat kepada semua mahasiswa/i.

cara pencapaian matalamat

Untuk mencapai matlamat-matlamat di atas, Jabatan mengambil beberapa langkah dan pendekatan, iaitu:

  1. Memberikan kepada para pelajar kursus-kursus yang mengandungi pengetahuan tentang ilmu sastera sesuai dengan konsep aneka-disiplin dan falsafah pengajian Universiti.
  2. Mengadakan kelas-kelas tutorial dengan bimbingan pengajar dan pensyarah untuk memastikan kefahaman dan partisipasi para siswa dalam pengkajian dan pembelajaran mereka. Para siswa digalakkan bersedia untuk perbincangan dan seminar tutorial.
  3. Membimbing para siswa untuk menyediakan esei semester yang merangkumi topik-topik perbincangan dari kuliah dan tutorial, untuk sekitar 2,000 perkataan. Sesebuah esei mungkin berupa hasil penyelidikan perpustakaan atau kaji lapangan atau kedua-duanya. Bagi yang mengambil major kesusasteraan, mereka dikehendaki mengemukakan Latihan Ilmiah melalui bimbingan penyelia yang ditetapkan oleh Jabatan.
  4. Para siswa digalakkan membuat perancangan sendiri bagi memenuhi keperluan pengajiannya: ini termasuk sumber-sumber rujukan dari perpustakaan Universiti dan di luar Universiti. Menemui tokoh-tokoh penulis, budayawan, para pendukung budaya dan lain-lain sumber yang berwibawa

Copyright @2004 Universiti Brunei Darussalam. All Rights Reserved. Please contact webmaster for comments on this site.
Best viewed at 800 x 600 pixels. Site Design last updated: 14/02/2004. Content last updated: 18/03/2004.