Seperti di negara-negara Malaysia dan
Indonesia, di Negara Brunei Darussalam ini sendiri, bahasa
Melayu telah diperlembagakan sebagai bahasa rasmi negara
(bahasa Malaysia dan bahasa Indonesia adalah bahasa Melayu).
Bahasa Melayu di Negara Brunei Darussalam ini bukan sahaja
berfungsi sebagai bahasa perhubungan antara puak malah
menjadi identiti bangsa secara keseluruhannya.
Bahasa Melayu kini mempunyai perbendaharaan kata yang
cukup luas serta tatabahasa yang mantap lagi jelas. Kemampuannya
untuk menjadi bahasa pengantar bagi apa jua displin ilmu
tidak diragukan lagi. Walau bagaimanapun, pemakaiannya
di kalangan pelbagai peringkat masyarakat masih perlu
dimantapkan. Sehubungan dengan situasi ini, beberapa
kekeliruan dan masalah yang berkaitan dengan bahasa Melayu
dan pengguaannya perlu difahami untuk diatasi. Usaha
ke arah pembinaan dan pengembangan bahasa Melayu perlu
diperjuangkan dan sentiasa diberi perhatian oleh semua
pengkaji dan penutur bahasa Melayu.
Sehubungan dengan hal yang tersebut di atas, Jabatan
Bahasa Melayu dan Linguistik, Universiti Brunei Darussalam
berperanan mendidik pelajar untuk menjadi:
- Pakar bahasa Melayu yang mampu:
- menguasai bahasa Melayu dengan baik,
- memahami dan dapat menjawab persoalan yang berkaitan
dengan bahasa Melayu, dan
- ikut serta membina dan mengembangkan bahasa
Melayu sebagai bahasa yang berkemampuan
tinggi.
- Pakar linguistik yang mampu:
- menguasai berbagai-bagai displin linguistik,
dan
- menggunakan ilmu linguistik untuk memahami dan
mengatasi masalah bahasa dalam masyarkat.
Jabatan Bahasa Melayu dan Linguistik juga
berperanan untuk: