Major in Kesusasteraan Melayu
Penyumbang/ Tenaga Akademik
Hj Hashim Awang
Sahlan Mohd Saman
Hj Awg Hashim Hamid
Morsidi Hj Muhammad
Hj Ramlee Tinkong
Awg Kamis Hj Tuah
Awg Mohd Zefri Ariff Mohd Zain Ariff
Dyg Ena Herni Wasli
Ampuan Hj Brahim Ampuan Hj Tengah (Ketua Program)
Huraian
Kesusasteraan Melayu adalah satu disiplin yang menarik kerana bahan utama kajiannya adalah karya sastera yang isinya berupa cerita dan kajiannya semi objektif, melibatkan rasa dan kemanusian yang umumnya bersifat subjektif. Hal ini menjadikan Kesusasteraan Melayu satu-satunya dispilin yang menghubungkan (keterlibatan) rasa dan kemanusian kerana di dalam karya sastera ada pemikiran, harapan, impian, keluhan, keperibadian dan hatibudi pencipta dan lingkungannya.
Pembelajaran Kesusasteraan Melayu adalah kajian mengenai manusia dan kehidupan dalam karya, pencipta dan lingkungannya, yang menjadikan disiplin ini mempunyai pertalian yang rapat dengan disiplin daripada ilmu-ilmu lain seperti bahasa, sosiologi, psikologi, filosofi, sejarah, agama, musik, pendidikan, dan sebagainya. Mengikuti major dalam kesusasteraan Melayu, akan dapat mengembangkan rasa sensitiviti kemanusian, meningkatkan kesedaran moral, menyumbangkan pemikiran dan pandangan daripada sudut kemanusian dan kesenian dalam kehidupan bermasyarakat secara kritis, menimbulkan dan mengembangkan pontensi bakat kreativitinya dalam penulisan, dan dapat mempelajari pencapaian tamaddun sesuatu bangsa kerana tamaddun manusia dibangunkan oleh pemikir-pemikir sasterawan yang mewakili berbagai zaman, serta ketinggian sesuatu bangsa dinilai antaranya melalui karya seninya, dan karya sastera adalah salah satu daripada karya seni tersebut.
Graduan major dalam Kesusasteraan Melayu akan menjadi seorang pemikir, pengkirik dan pengkarya seni, penyelidik dan budayaan. Dengan keterampilan graduan yang sedemikian, membolehkan mereka menjawat sebarang jawatan yang berhubungkait dengan bahasa, budaya, sejarah, pendidikan dan kemasyarakatan, malah apabila ditambah dengan beberapa modul minor yang bersangkutan, akan memolehkan graduan tersebut menjadi seorang ilmuan yang serba boleh, yang dapat memberikan sumbangan sebagai pelengkap atau menyaimbangi keperluan sumber tenaga manusia yang umumnya berpaksi kepada sains dan teknologi.
Objektif
Program Kesusasteraan Melayu mempunyai beberapa objektif seperti berikut:
1. Memberikan pengetahuan tentang sastera sebagai satu disiplin ilmu termasuk, sejarah sastera, kritikan sastera, teori sastera, apresasi sastera, sastera bandingan, filologi dan proses penciptaan karya sastera.
2. Memberikan pengetahuan tentang kajian kesusasteraan Melayu dan hubungannya dengan disiplin-disiplin ilmu lain seperti bahasa, sosiologi, psikologi, filosofi, sejarah, agama, musik, pendidikan, dan sebagainya.
3. Mengembangkan rasa sensiviti kemanusiaan melalui pembacaan/apresiasi karya sastera yang dikaji atau diteliti
4. Meningkatkan kesesaran moral melalui permasalahan manusia yang diungkapkan atau diceritakan dalam karya.
5. Mewujudkan seorang pemikir yang kritis terhadap kehidupan melalui penelitian dan analisis teks-teks karya sastera
6. Menimbulkan atau mengembangkan potensi bakat kreativiti menjadi seorang penulis karya kreatif dan non-kreatif
Levels > Level 1000 - Foundation Year
| Navigate to see: Level 1000, Level 2000, Level 3000, Level 4000 |
Semester 1 |
Semester 2 |
AS1404 Sastera dan Media |
Levels > Level 2000 - Establishment Year
| Navigate to see: Level 1000, Level 2000, Level 3000, Level 4000 |
Semester 1 |
Semester 2 |
Levels > Level 3000 - Discovery Year
| Navigate to see: Level 1000, Level 2000, Level 3000, Level 4000 |
Semester 1 |
Semester 2 |
Sastera & Falsafah |
|
Seni Persembahan |
|
Teks Sastera Keagamaan |
|
Sastera & Psikologi |
Levels > Level 4000 - Capstone Year
| Navigate to see: Level 1000, Level 2000, Level 3000, Level 4000 |
Semester 1 |
Semester 2 |
Latihan Ilmiah |
Latihan Ilmiah |
Teori dan Kritikan Sastera |
Kesusasteraan Bandingan |
Sastera Rakyat Melayu |
Kajian Budaya Sastera |
Kajian Antara Disiplin Sastera |
Stilistik Sastera |


