Siti Badriyah Hj Mohd Yusof

 

  Room: 2.70
Phone: Ext 1149
badriyah @ fass.ubd.edu.bn

Kelulusan Akademik

BA (UBD)


Latar Belakang

Telah berkhidmat sebagai tutor bersama Program Bahasa Melayu dan Linguistik sejak Februari 2008 dan akan melanjutkan pelajaran di peringkat Sarjana pada bulan September 2009 di University of East Anglia, United Kingdom dalam bidang Terjemahan Aplikasi. Memegang jawatan sebagai setiausaha program dan merupakan ko-penyelaras bagi laman web fakulti. Aktif dalam bidang media dan penterjemahan audio-visual. Juga merupakan pengacara, penyiar berita tv dan penterjemah sarikata sambilan di Radio Televisyen Brunei.


Pengajaran

Diberi mandat untuk mengendalikan tutorial bagi kursus Pengantar Pengajian Bahasa, Semantik dan Pragmatik, Sintaksis dan Tatabahasa Generatif serta sebagai penolong fasilitator bagi kursus Metodologi Penyelidikan Linguistik.


Penyelidikan

Cenderung kepada kajian hubungan makna dan konstruksi ayat Bahasa Melayu, Terjemahan Inggeris-Melayu, Falsafah Bahasa dan Fonologi Eksperimental. Juga berminat dalam perkembangan dokumentasi Bahasa dan Linguistik Melayu pada abad ke 19.


Latihan Ilmiah

Permasalahan Identifikasi Subjek dalam Binaan Ayat Bahasa Melayu: Satu Kajian Awal


Artikel (dalam proses penyelidikan)

Fenomena Calque dalam situasi Berita Nasional