IKLAN JAWATAN-JAWATAN KOSONG DALAM PERKHIDMATAN AWAM NEGARA BRUNEI DARUSSALAM PENGIKLANAN JAWATAN MENURUT PERATURAN 38(a) DARIPADA PERATURAN-PERATURAN PEGAWAI-PEGAWAI KERAJAAN (LANTIKAN-LANTIKAN DAN KENAIKAN PANGKAT), AKTA SURUHANJAYA PERKHIDMATAN AWAM IKLAN ADALAH KHUSUS BAGI PEMOHON DARI KALANGAN PEGAWAI DAN KAKITANGAN YANG SEDANG BERKHIDMAT DALAM PERKHIDMATAN AWAM, NEGARA BRUNEI DARUSSALAM IKLAN MENURUT PERATURAN 38(a) IAITU KHUSUS BAGI PEMOHON DARI KALANGAN PEGAWAI DAN KAKITANGAN YANG SEDANG BERKHIDMAT DENGAN KEMENTERIAN-KEMENTERIAN DAN JABATAN-JABATAN KERAJAAN. 

PERATURAN 38(a)

Syarat-Syarat Am:

a) Pemohon terdiri daripada Rakyat Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam.

b) Pemohon mempunyai pengetahuan kerasmian agama Islam, adat istiadat, kebudayaan, perkembangan sosial, ekonomi dan politik Negara Brunei Darussalam.

c) Bersedia untuk bertugas bila-bila masa di luar waktu bekerja biasa atau bekerja secara bergilir-gilir (shift) atau semasa cuti awam dan juga hendaklah bersedia untuk bertugas di mana-mana sahaja di Negara Brunei Darussalam.


 

JAWATAN PEGAWAI TIGAS-TUGAS KHAS TINGKAT 1
TANGGAGAJI B.3  [$3,880.00 - $4,240.00]
KEKOSONGAN 1 ORANG
JABATAN UNIVERSITI BRUNEI DARUSSALAM

SYARAT-SYARAT KELAYAKAN

a.

TANGGAGAJI B.2 EB.3:

  1. 1. Ijazah Sarjana Muda atau sebanding dalam bidang Pengurusan/Pentadbiran Awam/Kewangan/Pelaburan/ Ekonomi/Pentadbiran dan Pengurusan Perniagaan atau bidang bersesuaian yang diiktiraf oleh Kerajaan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam.

    Mempunyai kelulusan yang lebih tinggi dalam bidang bersesuaian adalah kelebihan.

  1. Telah berkhidmat dengan Kerajaan sebagai Pegawai Tugas-Tugas Khas Tingkat II atau jawatan bersesuaian dalam tanggagaji B.2 EB.3 tidak kurang dari 5 tahun dan telah ditetapkan dalam jawatan.

 ATAU

  1. Bagi yang tidak mempunyai Ijazah hendaklah berkhidmat dengan Kerajaan sebagai Pegawai Tugas-Tugas Khas Tingkat II dalam tanggagaji B.2 tidak kurang dari 8 tahun dan telah ditetapkan dalam jawatan. 

b.

Pegawai yang sedang berkhidmat dengan Kerajaan mestilah mempunyai Laporan Penilaian Prestasi di tahap yang SANGAT BAIK bagi tempoh 3 tahun kebelakangan. Mempunyai Laporan Penilaian Prestasi di tahap CEMERLANG dan mendapat sokongan yang kuat dari Setiausaha Tetap atau Ketua Jabatan adalah kelebihan.


TUGAS & TANGGUNGJAWAB

a.

Membuat kajian dan mengenalpasti peluang dan pasaran terkini yang berpotensi untuk/sebagai usaha baru UBD.

b.

Menilai dan menganalisa keperluan usaha baru (new venture) dan prospek pasaran (market prospects).

c.

Merancang, menyediakan dan menyelia strategi dan inisiatif pemasaran baru/terkini.

d.

Membentuk dan merancang secara keseluruhan aktibiti-aktibiti perniagaan di UBD.

e.

Menilai dan menasihat (memberi pandangan/cadangan) mengenai risiko keuntungan (risk profit) pada aktibiti-aktibiti perniagaan UBD..

MENGHADAPKAN BORANG PERMOHONAN

Borang P1 boleh dimuat turun di sini. Borang P1 serta keterangan lanjut juga boleh diperolehi di Bahagian Pentadbiran, Universiti Brunei Darussalam, Negara Brunei Darussalam. Borang-borang permohonan yang telah diisikan dengan lengkap beserta dengan salinan sijil-sijil dan dokumen yang berkenaan hendaklah dikembalikan tidak lewat pada hari Sabtu, 08 Januari 2018 ke alamat berikut:

PENDAFTAR & SETIAUSAHA
UNIVERSITI BRUNEI DARUSSALAM
JALAN TUNGKU LINK, GADONG BE1410,
NEGARA BRUNEI DARUSSALAM.
(UP: BAHAGIAN PENTADBIRAN)

Bagi pemohon-pemohon yang terdiri daripada pegawai yang sedang berkhidmat dengan Kerajaan hendaklah menghantar permohonan melalui Ketua Jabatannya dan Ketua Jabatan itu hendaklah menyertakan bersama-sama dengan permohonan tersebut dokumen-dokumen yang telah lengkap seperti berikut:

  1. SATU LAPORAN SULIT 
  2. SALINAN PRESTASI BAGI TEMPOH 3 TAHUN KEBELAKANGAN (SEKURANG-KURANGNYA SANGAT BAIK) 
  3. SATU SALINAN REKOD PERKHIDMATAN YANG TELAH DIKEMASKINIKAN.

Hanya pemohon-pemohon yang disenaraipendek (shortlisted) sahaja akan dihubungi bagi urusan temuduga.        

Tarikh Iklan: 09 Disember 2017