JAWATAN PEGAWAI UGAMA
TANGGAGAJI UB.1 EB.2 [$2,450.00 - $4,240.00] 
KEKOSONGAN 1 ORANG
JABATAN UNIVERSITI BRUNEI DARUSSALAM

SYARAT-SYARAT KELAYAKAN

  1. Mempunyai pengetahuan tentang kerasmian Ugama Islam, Adat Istiadat Negara, Adat Resam dan Kebudayaan Orang-Orang Melayu Brunei dan Perkembangan Sosial, Ekonomi dan Politik Negara Brunei Darussalam.
  2. Ijazah Sarjana Muda atau sebanding dalam bidang Pengajian Islam atau bidang bersesuaian yang diiktiraf oleh Kerajaan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam.

    Mempunyai kelulusan yang bersesuaian yang lebih tinggi adalah kelebihan.
  3. Lelaki beragama Islam.
  4. Fasih membaca Al-Quran dan Doa-Doa Pilihan.
  5. Berkebolehan bertutur dan menulis dalam Bahasa Inggeris adalah kelebihan.
  6. Pegawai yang sedang berkhidmat dengan Kerajaan mestilah mempunyai laporan Penilaian Prestasi di tahap yang SANGAT BAIK bagi tempoh 3 tahun kebelakangan. Mempunyai Laporan Penilaian Prestasi di tahap CEMERLANG dan mendapat sokongan yang kuat dari Setiausaha Tetap atau Ketua Jabatan adalah kelebihan.

TUGAS & TANGGUNGJAWAB

  1. Merancang dan melaksanakan aktiviti-aktiviti kerohanian kelas-kelas ugama, bengkel, seminar dan aktiviti-aktiviti bagi meraikan hari-hari kebesaran Islam seperti aktiviti-aktiviti bulan Ramadhan, Sambutan Maulud Nabi dan lain-lain.
  2. Bertanggungjawab keatas keperluan, kemudahan dan peralatan bagi aktiviti kerohanian termasuklah tempat-tempat ibadah di Universiti.
  3. Mengeluarkan dan menerbitkan risalah-risalah panduan dan risalah-risalah kenyataan yang berkaitan dengan keagamaan.
  4. Lain-lain tugas yang diarahkan dari semasa ke semasa.

 

MENGHADAPKAN BORANG PERMOHONAN

Borang P1 boleh dimuat turun di sini. Borang P1 serta keterangan lanjut juga boleh diperolehi di Bahagian Pentadbiran, Universiti Brunei Darussalam, Negara Brunei Darussalam. Borang-borang permohonan yang telah diisikan dengan lengkap beserta dengan salinan sijil-sijil dan dokumen yang berkenaan hendaklah dikembalikan tidak lewat pada hari Sabtu, 30 September 2017 ke alamat berikut:

PENDAFTAR & SETIAUSAHA
UNIVERSITI BRUNEI DARUSSALAM
JALAN TUNGKU LINK, GADONG BE1410,
NEGARA BRUNEI DARUSSALAM.
(UP: BAHAGIAN PENTADBIRAN)

Bagi pemohon-pemohon yang terdiri daripada pegawai yang sedang berkhidmat dengan Kerajaan hendaklah menghantar permohonan melalui Ketua Jabatannya dan Ketua Jabatan itu hendaklah menyertakan bersama-sama dengan permohonan tersebut dokumen-dokumen yang telah lengkap seperti berikut:

  1. SATU LAPORAN SULIT 
  2. SALINAN PRESTASI BAGI TEMPOH 3 TAHUN KEBELAKANGAN (SEKURANG-KURANGNYA SANGAT BAIK) 
  3. SATU SALINAN REKOD PERKHIDMATAN YANG TELAH DIKEMASKINIKAN.

Hanya pemohon-pemohon yang disenaraipendek (shortlisted) sahaja akan dihubungi bagi urusan temuduga.        

Tarikh Iklan: 23 December 2017