JAWATAN Juruteknik Makmal Kanan
TANGGAGAJI C.1-2 EB.3 [$1,280.00 - $2,270.00]
KEKOSONGAN 3 ORANG
JABATAN UNIVERSITI BRUNEI DARUSSALAM

SYARAT-SYARAT KELAYAKAN

a.

Mempunyai pengetahuan tentang kerasmian Ugama Islam, Adat Istiadat Negara, Adat Resam dan Kebudayaan Orang-Orang Melayu Brunei dan Perkembangan Sosial, Ekonomi dan Politik Negara Brunei Darussalam.

 

  1. BDTVEC/BTEC Diploma Tertinggi Kebangsaan (HNC) atau sebanding dalam bidang Sains, yang diiktiraf oleh Kerajaan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam.

    Mempunyai kelulusan bersesuaian yang lebih tinggi adalah kelebihan.

ATAU

  1. BDTVEC/BTEC Diploma Kebangsaan (ND) atau sebanding dalam bidang Sains Makmal yang diiktiraf serta telah berkhidmat dengan Kerajaan dalam tanggagaji D.3 tidak kurang dari 3 tahun dalam bidang pengendalian makmal.

ATAU

  1. BDTVEC/BTEC Sijil Kebangsaan Biasa (NC) dalam Sains Makmal atau sebanding yang diiktiraf serta telah berkhidmat dengan Kerajaan dalam tanggagaji D.3 tidak kurang dari 5 tahun dalam bidang yang bersesuaian.

ATAU

  1. Telah berkhidmat dengan Kerajaan sebagai Pembantu Makmal atau Pembantu Makmal / Bilik Kuliah Demonstrasi tidak kurang dari lima (5) tahun dan telah ditetapkan dalam jawatan.

c.

Berpengalaman dalam kerja-kerja makmal sains di peringkat universiti adalah kelebihan.

d.

Berkebolehan dalam pengendalian peralatan-peralatan sains makmal adalah kelebihan.

e.

Berkebolehan dalam menggunakan komputer adalah kelebihan

f.

Pegawai yang sedang berkhidmat dengan Kerajaan mestilah mempunyai Laporan Penilaian Prestasi di tahap yang SANGAT BAIK bagi tempoh 3 tahun kebelakangan. Mempunyai Laporan Penilaian Prestasi di tahap CEMERLANG dan mendapat sokongan yang kuat dari Setiausaha Tetap atau Ketua Jabatan adalah kelebihan.


TUGAS & TANGGUNGJAWAB

a.

Membantu kakitangan akademik untuk mengendalikan dan membuat persediaan kelas-kelas amali serta membaik pulih peralatan sains yang mudah.

b.

Membantu penuntut-penuntut dan kakitangan akademik dalam pembelajaran dan penyelidikan di dalam dan di luar makmal.

c.

Bertanggungjawab terhadap kerja-kerja pentadbiran makmal sains dan penggunaan komputer.

d.

Bertanggungjawab terhadap kesihatan dan keselamatan dalam makmal sains.

MENGHADAPKAN BORANG PERMOHONAN

Borang P3 boleh dimuat turun di sini. Borang P3 serta keterangan lanjut juga boleh diperolehi di Bahagian Pentadbiran, Universiti Brunei Darussalam, Negara Brunei Darussalam. Borang-borang permohonan yang telah diisikan dengan lengkap beserta dengan salinan sijil-sijil dan dokumen yang berkenaan hendaklah dikembalikan tidak lewat pada hari Khamis, 14 Disember 2017 ke alamat berikut:

PENDAFTAR & SETIAUSAHA
UNIVERSITI BRUNEI DARUSSALAM
JALAN TUNGKU LINK, GADONG BE1410,
NEGARA BRUNEI DARUSSALAM.
(UP: BAHAGIAN PENTADBIRAN)

Bagi pemohon-pemohon yang terdiri daripada pegawai yang sedang berkhidmat dengan Kerajaan hendaklah menghantar permohonan melalui Ketua Jabatannya dan Ketua Jabatan itu hendaklah menyertakan bersama-sama dengan permohonan tersebut dokumen-dokumen yang telah lengkap seperti berikut:

  1. SATU LAPORAN SULIT 
  2. SALINAN PRESTASI BAGI TEMPOH 3 TAHUN KEBELAKANGAN (SEKURANG-KURANGNYA SANGAT BAIK) 
  3. SATU SALINAN REKOD PERKHIDMATAN YANG TELAH DIKEMASKINIKAN.

Hanya pemohon-pemohon yang disenaraipendek (shortlisted) sahaja akan dihubungi bagi urusan temuduga.        

Tarikh Iklan: 15 November 2017