Pemohon-Pemohon terdiri dari rakyat Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam adalah dipelawa untuk memohon jawatan berikut:

JAWATAN

PENSYARAH (PT1A) / PENOLONG PROFESOR (PT2/PT2A)

TANGGAGAJI

PT1A ($3190 - $3300 - $3410 - $3520 - $3640 - $376O EBKhas $3880 - $4000 - $4120 - $4240)
PT2 ($3880 - $4000 - $4120 - $4240 - $4360 EBKhas $4480 - $4600 - $4720 - $4840 - $4960)
PT2A ($4480 - $4600 - $4720 - $4840 - $4960 - $5080 - $5200 - $5320 - $5400 EBKhas $5610)


SYARAT-SYARAT KELAYAKAN

BAGI JAWATAN PENSYARAH DALAM TANGGAGAJI PT1A:

1.

Ijazah Sarjana Muda (sekurang-kurangnya kelas dua atas) DAN Ijazah Sarjana (peringkat distinction sebagai kelebihan) DAN Ijazah Falsafah Kedoktoran (Ph.D) atau sebanding dalam bidang bersesuaian dari universiti/fakulti universiti/pusat pengajian universiti yang diiktiraf oleh Kerajaan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di- Pertuan Negara Brunei Darussalam.

2.

Benar-benar mempunyai minat untuk mengajar dan membuat penyelidikan.

3.

Berumur tidak melebihi 35 tahun adalah kelebihan.

BAGI JAWATAN PENOLONG PROFESOR DALAM TANGGAGAJI PT2 / PT2A:

1.

Mempunyai Ijazah Sarjana Muda (sekurang-kurangnya kelas dua atas) DAN Ijazah Sarjana (peringkat distinction sebagai kelebihan) DAN Ijazah Falsafah Kedoktoran (Ph.D) atau yang sebanding dalam bidang yang bersesuaian dari universiti/fakulti universiti/pusat pengajian universiti yang diiktiraf oleh Kerajaan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam.

Bagi yang tidak mempunyai Ijazah Sarjana, keperluan adalah tertakluk kepada tahap Ijazah Sarjana Muda (Kelas Pertama sebagai kelebihan)dari universiti/fakulti universiti/pusat pengajian universiti yang diiktiraf oleh kerajaan dan terkemuka sebagai kelebihan dimana calon menjalani kursus Ph.D dan kualiti pencapaian Ijazah Falsafah Kedoktoran (Ph.D).

2.

Berumur tidak melebihi 40 tahun adalah kelebihan.

3.

Mestilah mempunyai Laporan Penilaian Prestasi sekurang-kurangnya di tahap yang SANGAT BAIK bagi tempoh 3 tahun kebelakangan.

4.

Bagi tanggagaji PT2, syarat tambahan adalah:

  1. Telah berkhidmat dengan Kerajaan dan telah ditetapkan dalam jawatan Pensyarah didalam tanggagaji PT1A selama tidak kurang dari empat (4) tahun

    ATAU

    Telah berkhidmat dengan Pusat-Pusat Pengajian Tinggi dalam dan luar negeri termasuk bukan Kerajaan yang diiktiraf oleh Kerajaan didalam jawatan sebanding dengan jawatan Penolong Profesor atau jawatan sebanding dengan petugasan 'substantive' mengajar dan menyelidik didalam tempoh sekurang-kurangnya lima (5) tahun.

  1. Menunjukkan potensi tinggi untuk maju didalam pengajaran, penyelidikan, kebolehan didalam penulisan akademik dan perkhidmatan kepada umum.

5.

Bagi tanggagaji PT2A, syarat tambahan hendaklah memenuhi kriteria-kriteria berikut:

  1. Mempunyai pengalaman yang cukup lama sebagai tenaga akademik di Pusat-Pusat Pengajian Tinggi yang diiktiraf oleh Kerajaan dan terkemuka sebagai kelebihan dan memegang jawatan yang sebanding dengannya.

  2. Mempunyai rekod cemerlang dalam pengajaran dan penyelidikan.

  3. Telah memegang jawatan yang sebanding dengannya bagi tempoh yang bersesuaian.

  4. Dibidang penyelidikan TELAH MULA menghasilkan tulisan-tulisan akademik yang diterbitkan di dalam 'refereed journal' atau sumbangan bab atau 'chapter' di dalam buku-buku akademik atau menghasilkan kertas-kertas akademik bagi seminar/persidangan serantau/antarabangsa atau menerbitkan buku akademik.

  5. Pernah menyelia thesis Ijazah Sarjana sebagai satu kelebihan.

  6. Pernah memegang jawatan-jawatan sebagai Ketua Jabatan atau Penolong Ketua Jabatan atau Penolong Dekan atau jawatan berkaitan dengan rekod prestasi sekurang-kurangnya sangat baik sebagai satu kelebihan.


TUGAS & TANGGUNGJAWAB

  1. Memberi kuliah, tutorial dan menjalankan penyelidikan.
  2. Komited dalam kegiatan Universiti Brunei Darussalam untuk kepentingan kerja dan kemajuan Universiti Brunei Darussalam.
  3. Menyumbang kertas-kertas akademik bagi seminar/persidangan dan menerbitkan hasil-hasil kerja akademik dan penyelidikan.
  4. Aktif didalam sumbangan kemasyarakatan berkaitan dengan bidang.
  5. Tugas dan tanggungjawab lain seperti yang diarahkan oleh Dekan Fakulti dan Pegawai Atasan Universiti.

MENGHADAPKAN BORANG PERMOHONAN

Borang Permohonan boleh dimuat turun di sini. Borang Permohonan serta keterangan lanjut juga boleh diperolehi di Bahagian Pentadbiran, Universiti Brunei Darussalam, Negara Brunei Darussalam. Borang-borang permohonan yang telah diisikan dengan lengkap beserta dengan salinan sijil-sijil dan dokumen yang berkenaan hendaklah dikembalikan tidak lewat pada hari SELASA, 30 JULAI 2018 ke alamat berikut:

PENDAFTAR & SETIAUSAHA
UNIVERSITI BRUNEI DARUSSALAM
JALAN TUNGKU LINK, GADONG BE1410,
NEGARA BRUNEI DARUSSALAM.
(UP: BAHAGIAN PENTADBIRAN)

Bagi pemohon-pemohon yang terdiri daripada pegawai yang sedang berkhidmat dengan Kerajaan hendaklah menghantar permohonan melalui Ketua Jabatannya dan Ketua Jabatan itu hendaklah menyertakan bersama-sama dengan permohonan tersebut dokumen-dokumen yang telah lengkap seperti berikut:

  1. SATU LAPORAN SULIT 
  2. SALINAN PRESTASI BAGI TEMPOH 3 TAHUN KEBELAKANGAN (SEKURANG-KURANGNYA SANGAT BAIK) 
  3. SATU SALINAN REKOD PERKHIDMATAN YANG TELAH DIKEMASKINIKAN.

Hanya pemohon-pemohon yang disenaraipendek (shortlisted) sahaja akan dihubungi bagi urusan temuduga.

Tarikh Iklan: 23 April 2018